Dalam perjalanan kerjaya saya sebagai doktor, ada satu perkara yang saya sedar — terlalu banyak pertemuan saya dengan pesakit yang datang bukan hanya dengan simptom fizikal, tapi membawa beban mental dan emosi yang tak terucap.
Ada yang datang kerana migrain… tapi rupanya stres kerja.
Ada yang susah tidur… tapi sebenarnya hati resah dengan konflik rumah tangga.
Ada yang datang dengan gejala gastrik… tapi sebenarnya menahan tangisan yang lama disimpan.
Dan setiap kali itu berlaku, saya tahu… Allah sedang latih saya.
Dari Doktor Biasa, Kepada Healer Jiwa
Saya percaya, tak ada satu pun pertemuan itu berlaku secara kebetulan.
Ia adalah susunan Tuhan untuk mendidik saya — bukan sekadar jadi doktor, tapi jadi pembimbing emosi.
Kerana saya sendiri pernah berada di tempat itu.
Stres.
Burnout.
Rasa buntu.
Menangis dalam diam.
Hilang arah.
Hilang diri.
Wounded Healer: Istilah yang Dekat di Hati
Bila saya temui istilah “wounded healer”, hati saya terus rasa tersentuh.
“Ya Allah, inilah aku. Yang pernah luka. Tapi luka itu juga yang buat aku faham rasa orang lain.”
Bila seseorang datang dan kata, “Saya rasa nak give up…”
Saya faham.
Bila seorang ibu bekerjaya menangis dan kata, “Saya rasa kosong walaupun hidup nampak okay…”
Saya benar-benar faham.
Kerana saya pun pernah di situ.
Mental Clarity Itu Permulaan Segalanya
Allah tak terus beri solusi masa saya stuck. Tapi Dia tunjukkan satu demi satu langkah.
Ada fasa saya banyak membaca, banyak menulis, banyak bertanya.
Ada waktu saya diam… dan mula mendengar apa yang hati saya cuba beritahu.
Dan saya dapati — bila saya berhenti menafikan luka, barulah saya boleh mula merawatnya.
Dari situlah datang mental clarity.
Bukan sekadar tahu apa yang perlu dibuat… tapi tahu kenapa saya mahu terus hidup dengan penuh makna.
Daripada Stres, Kepada Misi Membimbing
Kerana itu, saya sangat yakin — Allah nak saya bantu wanita lain.
Terutamanya kaum ibu yang sedang bertarung dengan dunia luar dan dalam.
Yang letih, tapi terus bertahan.
Yang senyum, tapi dalam hati menangis.
Saya mula berkongsi —
Bukan sebagai pakar, tapi sebagai seseorang yang pernah jatuh, dan kini mahu bantu orang lain bangkit.
Mungkin Saya Bukan Pakar Psikiatri… Tapi Saya Pernah Jadi Pendengar Setia
Menariknya, ramai yang datang semula dan berkata,
“Doktor, saya rasa macam bercakap dengan pakar jiwa.”
“Macam terapi, lega sangat lepas consult hari tu.”
Walaupun saya bukan doktor pakar psy secara rasmi,
saya pernah menjadi pembantu kepada pakar psy selama setahun —
dan dari situ saya mula nampak di mana letaknya kekuatan sebenar saya.
Bukan pada ilmu teori semata, tapi pada empati yang dibina dari pengalaman sendiri.
Penutup: Bukan Sekadar Merawat, Tapi Membimbing Kembali Pulang ke Dalam Diri
Hari ini saya sedar — peranan saya bukan untuk sembuhkan semua orang.
Tapi untuk menjadi cahaya kecil yang menyalakan semula lilin dalam diri mereka.
Kerana setiap wanita, setiap ibu, setiap pejuang itu…
punya kekuatan yang luar biasa bila diberi ruang untuk kenal semula diri sendiri.
Saya doakan — semoga setiap luka dalam diri kita…
menjadi jalan pulang kepada Allah,
dan sumber cahaya untuk orang lain yang sedang mencari.
#WoundedHealer #ResetEmosi #JalanPulang #HealingBersamaDrSiti #HolistifyMe