Dalam hidup yang serba laju dan penuh tuntutan, kita kadang-kadang tak sempat pun nak duduk dan hadam apa yang sebenarnya kita rasa. Kita pendam. Kita tolak tepi. Kita teruskan hidup macam biasa โ sampai satu hari, emosi meletup tanpa amaran ๐
Itulah yang berlaku pada saya… sehinggalah saya jumpa satu teknik yang sangat ringkas tapi betul-betul menyelamatkan jiwa saya โ iaitu Audio Journaling.
๐ฎ Apa Itu Audio Journaling?
Kalau journaling biasanya orang tulis dalam buku, audio journaling pula ialah luahan emosi melalui suara. Guna saja fungsi rakam suara di telefon, dan cakap saja apa yang terbuku di hati.
Macam cakap dengan diri sendiri. Tapi lebih daripada tu โ macam cakap dengan Tuhan. ๐ค
Awalnya, teknik asal yang diajarkan kepada saya adalah journaling bertulis. Tapi disebabkan saya seorang ibu dan doktor yang sentiasa sibuk, saya ubah suai ikut situasi saya. Saya tukarkan ia menjadi audio journaling yang saya buat secara spontan โ sambil memandu, seorang diri, dalam kereta.
๐ Ia jadi ruang peribadi saya.
๐ Tempat saya curhat.
๐คฒ Dan sesi deep talk saya dengan Allah.
๐๏ธ Macam Mana Saya Mula?
Saya mula buat audio journaling waktu saya tengah dalam fasa hidup yang sangat berat. Anak saya didiagnos dengan autism, saya sedang burnout sebagai ketua unit, dan hidup terasa macam tak ada ruang untuk bernafas.
Waktu tu, setiap hari saya perlu travel hampir 1 jam pergi dan balik kerja. Jadi, saya jadikan waktu tu ruang peribadi saya untuk bercakap dengan diri sendiri โ dan dengan Allah.
Kali pertama saya buat, saya menangis ๐ญ
Tapi, selepas habis rakaman tu… saya rasa lega. Lapang. Macam beban emosi 10 tahun dilepaskan sekaligus.
๐คฏ Kenapa Teknik Ni Powerful?
- Tak perlukan masa khas โ boleh buat masa drive, waktu masak, atau tengah lipat baju.
- Boleh luah tanpa filter โ sebab tak ada siapa yang dengar, tak ada siapa nak โjudgeโ.
- Bantu proses emosi โ bila kita bercakap, kita sebenarnya sedang bantu otak kita memahami dan memetakan apa yang kita rasa.
- Deep talk dengan Allah โ lama-kelamaan, ia bukan sekadar โcakap kosongโ tapi jadi sesi curhat yang ikhlas. Bila kita meluah, kita akan rasa macam… Allah tengah dengar. ๐ง
โจ Turning Point Saya
Tak sampai 4 bulan pun. Tapi dalam masa tu, Allah buka satu-satu jalan keluar yang saya tak jangka. Akhirnya saya berani ambil keputusan besar โ berhenti kerja dan keluar dari persekitaran toksik yang selama ni menekan jiwa saya.
Dan saya percaya, keputusan itu hadir bukan sebab saya kuat, tapi sebab saya dah mula serah diri pada Allah โ dalam setiap luahan, setiap rakaman yang penuh air mata, saya benar-benar bergantung dan berharap hanya pada Dia. ๐ค
๐ฟ Kalau Awak Tengah Sesak…
Kalau awak tengah rasa lost, stuck, terlalu penat atau penuh sangat dalam dada โ cuba rakam suara awak sendiri. Tak perlu formal. Tak perlu ayat sedap. Luah saja.
โYa Allahโฆ aku penat.โ
โKenapa aku rasa macam ni?โ
โApa yang Kau cuba ajar aku?โ
Awak akan terkejut betapa dalamnya healing yang datang bila awak benar-benar jujur dengan Tuhan. Dan mungkin… ini juga jalan yang Allah pilih untuk buka satu-satu solusi dalam hidup awak ๐ก
๐๏ธ Penutup
Audio journaling bukan sekadar teknik โ ia jadi ruang selamat antara hati kita dengan Tuhan.
Ia bantu kita kenal semula diri, dan bina semula kekuatan daripada dalam.
Dan kalau ia berhasil untuk saya, saya yakin… ia juga boleh bawa perubahan besar dalam hidup awak. ๐ธ