Ramai yang kenal BE International melalui produk kesihatan seperti Aulora Pants, Shiruto atau NexBio. Tapi apa yang ramai belum sedar adalah… BE juga membuka pintu kepada peluang kewangan yang sangat besar, terutama kepada mereka yang sedang mencari jalan keluar dari tekanan hidup.
Dalam situasi ekonomi hari ini, ramai orang struggle.
Harga barang naik. Komitmen bulanan semakin menekan.
Dan lebih menyedihkan, ada yang sanggup kerja 2–3 kerja sehari, tapi masih tak cukup.
Saya Sendiri Bermula Dengan Rasa Takut & Skeptikal
Sebagai seorang doktor, saya tak pernah bayangkan akan ceburi dunia bisnes.
Apatah lagi berkongsi produk kesihatan dalam bentuk direct selling — takut orang salah faham, takut hilang kredibiliti, takut dikata “jual produk je lebih”.
Tapi bila saya nampak sendiri keberkesanan produk BE terhadap pesakit, saya mula ubah cara pandang. Saya mula rasa berdosa jika saya diam. Ada orang di luar sana yang sedang menderita, dan saya tahu mereka boleh dibantu.
Bukan Hanya Pesakit Yang Dibantu — Tapi Hidup Orang Lain Juga Berubah
Yang paling saya terkesan adalah bila saya mula kenal rakan-rakan yang dah berjaya jana pendapatan tetap hanya dengan berkongsi pengalaman dan membantu orang lain sihat. Ada yang:
- Surirumah buat income 4 atau 5 angka sebulan
- Pesara dapat pendapatan kedua tanpa keluar rumah
- Pekerja swasta yang akhirnya resign kerana income BE jauh lebih stabil
- Malah ada pemilik bisnes tutup bisnes konvensional untuk fokus membantu dalam BE
Semua ini tanpa perlu simpan stok, tanpa buat loan besar, dan tanpa perlu push-push orang beli. Kami hanya fokus educate, bantu, dan beri nilai.
Sistem Coaching & Support Yang Sangat Kuat
Dalam BE, kita tak dibiarkan buat bisnes sendirian.
Ada sistem bimbingan yang tersusun — dari ilmu produk, teknik storytelling, strategi content, hingga ke latihan mindset & spiritual abundance.
Kalau anda ada keinginan untuk belajar dan konsisten, insyaAllah hasil akan datang.
Rezeki Bila Kita Bantu Orang Sihat
Yang paling saya suka — bisnes ini bernilai tinggi dari sudut kemanusiaan.
Kita tak menjual semata-mata. Kita berkongsi solusi.
Bila pesakit datang ucap terima kasih sebab sakit lututnya beransur hilang,
dan dalam masa yang sama anda dapat komisen —
itulah rezeki yang datang bersama redha.
Kesimpulan: Harapan Dua Dimensi
BE bukan sekadar tentang produk.
Ia adalah platform yang membawa dua harapan utama:
- Harapan kesihatan — untuk mereka yang dah lama menderita sakit
- Harapan kewangan — untuk mereka yang perlukan pendapatan tambahan
Kalau anda sedang mencari something more dalam hidup —
yang bukan saja bantu diri sendiri, tapi juga bantu orang lain —
mungkin BE adalah jawapan yang anda doa selama ini.
Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya boleh bantu anda mula dengan BE — dari zero, tanpa pengalaman bisnes?
Klik ikon WhatsApp untuk sesi konsultasi santai,