Saya baru sahaja selesai mendengar sharing peserta BE VVIP Travel ke Tokyo hari ini, dan hati saya benar-benar tersentuh.
Topik yang dibawakan adalah tentang “BEyond Eternity” — satu falsafah yang sangat mendalam yang diterapkan dalam budaya BE International. Ia bukan sekadar tagline. Ia satu panggilan jiwa.
“Beyond” itu maknanya luas. Melebihi apa yang mata nampak. Melepasi apa yang fikiran boleh jangka.”
Kita selalu melihat laut, hutan, langit — tapi hakikatnya, apa yang kita lihat hanyalah permukaan. Di sebaliknya ada sistem ciptaan Tuhan yang sangat terperinci, sangat kompleks. Begitu juga ilmu kesihatan, kehidupan, rezeki, dan kasih sayang — semuanya ada dimensi yang beyond.
Begitu juga dengan BE.
Saya nampak sendiri bagaimana BE bukan sekadar sebuah syarikat. Ia keluarga.
Sebuah keluarga yang meraikan kasih sayang, kepelbagaian, perjuangan dan kejatuhan setiap individu.
Dalam sharing itu, saya dengar tentang kisah-kisah perjuangan downline dan sideline yang tak pernah saya kenal pun sebelum ini. Tapi bila dengar kisah mereka, saya terdiam. Tersentap. Ada yang diuji lebih hebat dari apa yang saya lalui.
Dan saya sendiri berkata dalam hati: “Kalau aku diuji macam tu, aku belum tentu mampu bangkit macam dia.”
Tapi mereka bangkit. Dan bukan saja bangkit untuk diri mereka…
Mereka bangkit untuk memberi makna dalam hidup orang lain.
Bila Jiwa Founder Membina dengan Kasih
Paling sebak bila dikongsikan tentang Founder BE.
Saya tak pernah bertemu secara peribadi, tapi setiap kali menonton video beliau, hati saya terasa sebak.
Bukan kerana sedih, tapi kerana terharu.
Saya rasa disayangi walaupun tidak pernah berjumpa.
Satu perkara yang saya sangat hargai — BE bukan dibina atas semangat kejar jualan semata-mata.
BE dibina dengan roh kasih sayang dan kesedaran untuk bantu orang lain hidup lebih sihat, lebih bermakna, dan lebih bebas.
🏆 BE International Diiktiraf Sebagai Syarikat Terbaik di Asia!
Tahukah anda?
BE International Marketing Sdn Bhd telah menerima anugerah “HR Asia Best Companies to Work for in Asia 2024 (Malaysia Edition)” – satu pengiktirafan berprestij yang diberikan kepada syarikat yang mengamalkan budaya kerja terbaik, inklusif dan menghargai kesejahteraan pekerja.
Ini bukan sekadar anugerah biasa.
Ia satu bukti bahawa budaya dan kasih sayang yang kita rasa dalam BE ini benar-benar diiktiraf di peringkat Asia Tenggara.
Dan bagi saya yang pernah merasai environment kerja toksik, perbezaannya sangat 360 darjah — dan saya amat menghargainya.
🔗 Rujukan rasmi:
👉 Senarai Anugerah HR Asia 2024 – Malaysia
Penutup: Bila Platform Menjadi Jalan Ibadah
Bila saya fikir balik, saya sedar…
Platform seperti BE ini bukan sekadar peluang perniagaan.
Ia satu jalan ibadah,
satu medan untuk kita berkongsi harapan dan kebaikan,
dan satu ruang untuk kita healing dan membina semula diri sambil bantu orang lain buat perkara yang sama.
Semoga saya terus diberi kekuatan untuk menyebarkan semangat BEyond Eternity ini kepada lebih ramai lagi — bukan kerana saya sempurna, tapi kerana saya percaya, kasih sayang yang ikhlas itu akan temui jalannya.
📺 Video Pengumuman Anugerah
Untuk melihat suasana majlis anugerah tersebut, anda boleh menonton video rasmi di bawah:
