Ramai yang tidak sedar bahawa kesihatan mental kita — termasuk mood, emosi, dan keupayaan tidur — sangat dipengaruhi oleh kesihatan usus.
Ini kerana 90% hormon serotonin (hormon ‘gembira’) sebenarnya dihasilkan dalam usus, bukan otak! Bila usus meradang atau tidak seimbang (dysbiosis), ia boleh memberi kesan langsung kepada fungsi otak.
Berikut adalah cara bagaimana usus yang ‘sakit’ boleh menjadikan otak kita ‘letih’:
1. Penyerapan Nutrien Otak Terganggu
Usus yang lemah menyebabkan nutrien penting seperti zink, magnesium dan vitamin B tidak diserap dengan baik — lalu otak kekurangan bahan bakar untuk berfungsi optimal.
2. Keradangan Usus Boleh Sebabkan Keradangan Otak
‘Gut inflammation’ boleh menyebabkan ‘brain fog’, susah fokus, cepat letih dan masalah ingatan.
3. Ketidakseimbangan Neurotransmitter
Apabila usus tidak seimbang, ia boleh mengganggu penghasilan bahan kimia penting otak seperti:
- Dopamin – kurangnya menyebabkan kemurungan, mood swing, dan hilang minat seksual.
- GABA – penting untuk tenangkan sistem saraf; kekurangan boleh menyebabkan keresahan.
- Serotonin – hormon tenang dan bahagia; rendah serotonin = kemurungan.
- Melatonin – hormon tidur; jika terganggu, boleh menyebabkan insomnia.
4. Gangguan Signal Lapar dan Ketagihan Makanan
Usus yang tidak sihat juga boleh ganggu hormon lapar dan kenyang. Ini sebabnya ramai orang:
- Selalu lapar walaupun dah makan
- Ketagih makanan manis atau tinggi karbo
- Sukar kawal selera makan
Kesimpulan: Rawat Usus, Pulih Emosi
Kesihatan usus bukan sahaja tentang penghadaman — tetapi juga tentang emosi, mood, dan kesihatan mental. Jika anda bergelut dengan kemurungan, anxiety, atau insomnia — mungkin sudah tiba masa untuk ‘reset’ kesihatan usus anda.