Hari ni waktu saya buat locum, saya perasan satu benda menarik…
Ramai pesakit datang dengan aduan yang sama: lewat haid (delayed menses), tapi UPT negatif.
Bukan seorang dua. Ramai.
Dan ini bukan kali pertama saya nampak trend tema harian macam ni. Kadang-kadang, saya tengok satu hari ramai sangat datang sebab sesak nafas—perlu nebulizer. Esoknya, datang pula bertubi-tubi kes cirit-birit. Ada hari pula, kes abortion dan PV bleed. Dan ada hari, hampir semua kes tekanan darah tinggi mencanak naik.
Tapi hari ini… trendnya berbeza.
Saya dapati, hampir semua wanita yang datang dengan masalah haid tidak teratur ini mempunyai satu punca utama yang sama: STRES.
Stres sebab kerja.
Stres sebab hubungan.
Stres sebab tekanan hidup yang tak habis-habis.
Dan tubuh badan mereka ‘memberontak’ dalam diam.
Haid Tak Datang Bukan Selalu Bermakna Mengandung
Kita selalu panik bila period lewat, betul tak?
Tapi bila UPT negatif, kita pun mula risau:
- Cyst ke?
- Masalah hormon ke?
- PCOS ke?
Tapi realitinya… kadang-kadang hormon kita sendiri tak seimbang hanya kerana satu benda: STRES yang kronik.
Ya, stres mampu:
- mengganggu keseimbangan hormon estrogen & progesteron,
- menyekat ovulasi,
- menyebabkan kitaran haid jadi kacau-bilau.
Dan ramai wanita tak sedar… mereka sebenarnya bukan perlukan ubat hormon — tapi ruang untuk tenangkan hati dan urus emosi.
Kenapa Saya Rasa Tersentuh Sangat Hari Ni
Sebagai seorang doktor dan juga ibu, saya tahu macam mana hidup kita boleh jadi terlalu overwhelming.
Saya juga pernah alami fasa di mana haid jadi tak teratur.
Bila saya muhasabah… memang masa tu saya tengah sangat tertekan — fizikal, mental dan spiritual.
Sebab itu saya rasa terpanggil untuk buat lebih banyak konten tentang stress management, self-care dan healing.
Ramai sangat yang menderita diam-diam.
Dan kita perlukan lebih ramai yang berani buka suara.
Penutup: Bila Stres, Badan Kita Menjerit Dalam Diam
Jika awak sedang alami haid lewat, perut kembung, migrain, atau selalu rasa letih tanpa sebab…
Mungkin badan awak sedang cuba bagi mesej — “tolong dengar, saya penat”.
Bukan semua rawatan perlukan ubat. Ada masanya, kita perlu rawat hati dahulu.