Soalan ni memang biasa saya dengar.
“Kan vitamin dan mineral ada dalam makanan harian kita?”
“Kenapa nak tambah-tambah dengan suplemen pula?”
Jawapan saya mudah:
Ya, memang semua nutrisi asas sepatutnya datang dari makanan. Tapi… realitinya, berapa ramai yang betul-betul makan ikut saranan?
Realiti Pemakanan Harian Kita
✔ Berapa ramai yang amal konsep Pinggan Suku Suku Separuh yang disarankan KKM?
✔ Berapa banyak sayur & buah yang kita ambil setiap hari?
✔ Dan yang paling penting — apa kualiti makanan yang kita ambil tu?
Contohnya:
- Sayur nampak segar tapi tak ada gigitan ulat langsung — maksudnya tinggi penggunaan pesticide
- Buah nampak cantik, tapi penuh dengan lilin, bahan pengawet & racun serangga
- Nasi & lauk — banyak minyak, garam dan gula. Sayur kadang-kadang celup-celup je.
Makanan Sihat Pun Tak Semestinya Cukup Nutrisi
Ramai yang anggap:
“Saya dah makan sayur hari-hari, tak perlu suplemen lah.”
Tapi mereka tak sedar bahawa:
- Tanah pertanian sekarang miskin mineral akibat penggunaan baja kimia berulang
- Proses masak yang lama hilangkan zat dalam makanan
- Gaya hidup kita penuh stres & kurang tidur – meningkatkan keperluan nutrien
Jadi walaupun makan “nasi lauk sayur” hari-hari, belum tentu cukup nutrisi yang badan perlukan untuk pulih, bertahan & berfungsi optimum.
Organik vs Sintetik: Kenapa Beza Harga?
Sama macam makanan, suplemen pun ada kategori:
- Organik / whole food-based: dihasilkan dari sumber semula jadi, mudah diserap, lebih selamat
- Sintetik: dihasilkan di makmal, murah tapi susah diserap, boleh membebankan organ detoks jika berlebihan
Itulah sebabnya suplemen organik biasanya lebih mahal — kerana kualitinya sangat dijaga dari sumber, proses hingga pembungkusan.
Dan ramai pakar nutrisi dan functional medicine lebih cenderung cadangkan suplemen organik yang lengkap secara semula jadi, bukan versi sintetik yang murah tapi tidak efektif.
Kesimpulan: Suplemen Bukan Ganti Makanan, Tapi Pelengkap keperluan nutrisi harian
Suplemen bukan pengganti makanan. Tapi ia bantu:
- Top up nutrisi yang kurang
- Lindungi tubuh daripada kerosakan jangka panjang
- Pulihkan sel yang dah lemah akibat kekurangan zat
Dan kalau nak pilih suplemen — pilih yang berkualiti, bukan sekadar murah.
Sebab kita nak jaga badan kita, bukan eksperimen dengan produk yang kita sendiri tak faham kandungannya.
Nak tahu suplemen mana yang sesuai dengan simptom anda?
Klik ikon WhatsApp di sebelah untuk sesi konsultasi bersama saya.
#HolistifyMe #FaktaSuplemen #PemakananSihat #FunctionalMedicine #BEInternational #DoktorHolistik #SuplemenOrganik