Pengalaman Saya Bersama BE International: Dari Seorang Doktor Kepada Pembawa Harapan Baru

Sudah lebih setahun saya bersama BE International. Dan terus terang, perjalanan ini bukan sekadar tentang menjual produk — tetapi tentang menemui kembali makna menyembuh, menyantuni, dan memberi harapan kepada insan lain.

Perjalanan saya bermula pada November 2023. Saya mendapat tahu tentang produk Aulora Series, khususnya keberkesanannya membantu pesakit saraf dan masalah lumpuh.

Sebagai seorang doktor yang telah merawat ramai pesakit kronik, saya tidak mudah percaya bulat-bulat. Tapi satu perkara membuatkan saya tertarik — teknologi Far Infrared Ray (FIR) yang digunakan dalam fabrik Aulora.


Saya Uji Sendiri, Bukan Sekadar Dengar Testimoni

Saya tak terus promote. Saya pilih untuk cuba sendiri terlebih dahulu.

Dan itulah titik perubahan besar buat saya.

Kali pertama saya sarung stokin Aulora…
Hanya beberapa minit, saya terlena. Tapi bukan tidur biasa — saya dapat deep sleep yang benar-benar berkualiti.
Bangun pagi dengan rasa ringan, segar dan bertenaga.

Masa tu baru saya sedar, selama ni saya tak pernah betul-betul rehat.
Sentiasa rushing ke tempat kerja, urus anak-anak, bawa pulang tekanan hospital — semua tu mengorbankan kualiti tidur saya tanpa saya sedar.


Pertama Kali Hadir Event BE – Jun 2024

Saya hadir event pelancaran Aulora Bra. Masa tu, BE bawa sendiri Prof. Dr. Shimizu, saintis Jepun yang telah mengkaji Kodenshi Fiber selama lebih 30 tahun.

Sebagai medical professional, saya terpegun dengan komitmen BE dalam menampilkan sains dan bukti dalam setiap produk mereka.
Bukan sekadar marketing — tapi kajian mendalam dan teknologi sebenar.


Budaya BE Yang Luar Biasa

Apa yang benar-benar menyentuh hati saya ialah budaya dalam sistem BE.

Saya pernah bekerja lebih 10 tahun dalam sistem kerajaan (KKM). Dan bila saya masuk ke BE, saya terasa seperti masuk ke dunia baru yang lebih positif dan membina.

Dalam BE:

  • Semua orang dilayan sama rata, tak kira rank atau latar belakang
  • Ada yang doktor, jurutera, peguam, ahli bisnes — semua saling menghormati
  • Tak ada istilah “group aku, group kau” — ilmu dikongsi merentas rangkaian
  • Bersaing secara sihat, bukan saling menjatuhkan
  • Setiap orang digalakkan untuk saling menyokong dan pinjam kuasa

Budaya be humble, be open, dan be supportive ini buat saya rasa dihargai sebagai insan, bukan hanya sebagai “angka jualan”.


Saya Kenal Founder, Saya Yakin Dengan Visi

Selepas mengenali lebih dekat siapa founder BE, dan apakah misi & visi syarikat, saya makin yakin.

Mereka bukan sekadar mahu menjual produk. Mereka ingin menyampaikan harapan baru kepada masyarakat — yang mungkin dah putus asa dari segi kesihatan, atau yang sedang tersepit dari segi kewangan.

Dan saya sedar, saya nak jadi sebahagian daripada misi itu.


Penutup: BE, Platform Healing Luar & Dalam

Hari ini, saya bukan lagi sekadar seorang doktor.
Saya juga adalah pembawa harapan — kepada mereka yang ingin pulih, dan kepada mereka yang ingin bangkit.

Dan BE telah membuka jalan untuk saya melakukan itu dengan penuh kasih, ilmu, dan sistem sokongan yang kuat.


Kalau anda sedang cari makna dalam kerja, atau sedang mencari solusi kesihatan yang lebih lembut dan menyeluruh — BE mungkin jawapan yang anda cari.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
/* Note: The CSS files are loaded from assets/css/ folder. */
WhatsApp Ada soalan?