Rawatan Kencing Manis: Kenapa Tambah Dos Insulin Bukan Jawapan Sebenar

Sebagai seorang doktor, antara dilema terbesar saya satu ketika dahulu adalah merawat pesakit kencing manis — terutama yang dah bergantung kepada insulin dos tinggi, tapi bacaan gula masih tak terkawal.

Saya masih ingat luahan seorang pesakit…

“Doktor, setiap kali saya cucuk insulin (terutamanya short-acting seperti Actrapid), saya cepat sangat rasa lapar. Saya takut jadi hypo, jadi saya cepat-cepat makan benda manis. Tapi gula saya makin tinggi jugak…”

Bila dengar luahan ni, hati saya jadi sayu. Pesakit ni sebenarnya terperangkap dalam vicious cycle yang menakutkan:

  1. Cucuk insulin →
  2. Gula turun mendadak →
  3. Rasa lapar & takut hypo →
  4. Makan manis →
  5. Gula naik balik →
  6. Bila jumpa doktor, insulin ditambah lagi…

Dan kitaran ni berulang… lagi dan lagi… sampai pesakit rasa pasrah.

“Doktor, saya rasa memang nasib saya macam ni. Gula saya tak akan normal…”


Tapi… Benarkah Ini Satu-satunya Jalan?

Jawapan saya: tidak.

Kencing manis bukan sekadar masalah gula tinggi. Ia adalah masalah sistemik — berkait rapat dengan keradangan kronik, gaya hidup, dan kesihatan sel yang merosot.

Kalau kita terus fokus hanya pada bacaan gula dan dos ubat, kita hanya ‘cover’ simptom, bukan merawat punca.


🔥 Apa Sebenarnya Berlaku Bila Kita Tambah Insulin Tapi Gula Masih Tinggi?

✔️ Sel dah tak sensitif kepada insulin (insulin resistance)
✔️ Badan dalam keadaan keradangan berterusan
✔️ Makan berulang kali tanpa kawalan — especially high GI food
✔️ Berat makin naik, otot makin kurang, lemak makin tepu
✔️ Hormon lain pun jadi tak stabil


🌿 Di Sini Datangnya Peranan Holistic & Integrative Medicine

Daripada saya hanya tambah ubat atau insulin, saya mula fokus pada soalan-soalan yang lebih dalam:

🔹 Macam mana tidur pesakit ni?
🔹 Apa dia makan setiap hari — real food atau processed food?
🔹 Stress level dia macam mana?
🔹 Aktif tak? Ada otot tak?
🔹 Perut dia sihat tak? Ada masalah sembelit atau bloating?
🔹 Dia minum air cukup tak? Tidur cukup tak?


💡 Kunci Kawalan Gula BUKAN Sekadar Tambah Ubat

Reset gaya hidup.
Kurangkan keradangan.
Support fungsi pankreas dan sel dengan nutrisi sebenar.
Bina semula sensitiviti insulin.


🧬 Pengalaman Saya dengan Rawatan Pelengkap

Bila saya mula gabungkan pendekatan holistik — termasuk nutrisi, pengaktifan peredaran darah dengan Aulora Pants, pengambilan Spirulina, dan Shiruto untuk repair sistem imun — saya nampak pesakit lebih stabil, bukan sekadar dari bacaan gula, tapi dari kualiti hidup mereka.


🎯 Kesimpulan: Kita Perlu Ubah Cara Kita Lihat Diabetes

Kencing manis bukan hukuman seumur hidup.

Ia adalah isyarat tubuh yang perlukan perhatian — dari dalam.

Kita perlukan pendekatan yang melihat manusia sebagai satu sistem menyeluruh, bukan hanya “gula tinggi = tambah insulin”.

✨ Masih Ada Harapan, Walau Tanpa Produk Kesihatan

Saya percaya — walaupun tanpa sebarang produk kesihatan tambahan, pesakit masih ada harapan untuk sembuh dan kawal kencing manis dengan baik.

Tapi ya, ia perlukan disiplin yang sangat tinggi.

✔️ Jaga makan
✔️ Tidur cukup
✔️ Senaman konsisten
✔️ Kawal stress
✔️ Monitor bacaan gula harian
✔️ Faham badan sendiri

Namun, jika pesakit dibantu dengan terapi sokongan seperti Far Infrared (FIR) — contohnya dari Aulora Pants — proses pemulihan itu boleh menjadi lebih cepat dan lebih berkesan.

FIR bantu lancarkan peredaran darah, dan ini secara tak langsung membantu:

🩸 Penyerapan ubat dan insulin lebih efektif
🧬 Nutrien lebih mudah sampai ke sel-sel tubuh
🛡️ Proses detox dan repair dalam badan jadi lebih efisien

Maknanya, dos ubat yang sama mungkin akan beri kesan yang lebih baik, atau dalam jangka masa panjang, dos ubat boleh dikurangkan secara berperingkat — dengan pemantauan doktor.

Inilah yang dimaksudkan dengan pendekatan holistic supportbukan menggantikan rawatan, tapi menguatkan lagi keberkesanan rawatan sedia ada.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
/* Note: The CSS files are loaded from assets/css/ folder. */
WhatsApp Ada soalan?