Bila Doktor Pun Cari Makna Dalam Hidup— Perjalanan Menemui Passion Sebenar

Lebih 10 tahun saya berkhidmat sebagai seorang doktor perubatan dalam sistem kesihatan arus perdana. Tapi jauh di sudut hati, saya tahu — ada sesuatu yang kosong. Saya buat kerja, tapi saya tak truly enjoy apa yang saya lakukan. Saya bukan tak suka merawat pesakit, tapi saya rasa ada “bahagian jiwa” yang saya tak dapat salurkan sepenuhnya.

Saya mula sedar, yang saya paling seronok waktu sesi konsultasi — bukan masa tulis preskripsi, bukan masa buat prosedur. Tapi waktu saya boleh duduk dan terangkan dengan penuh sabar apa yang berlaku dalam badan pesakit, kaitkan dengan gaya hidup mereka, dan beri mereka harapan untuk sembuh secara menyeluruh. Waktu tu saya rasa hidup. Saya suka educate, bukan semata-mata merawat simptom.

Sebelum saya resign, saya sempat jumpa dua orang kaunselor. Walaupun masa tu saya sendiri masih kabur tentang apa yang saya nak dalam hidup, masih dalam fasa midlife crisis, mereka beritahu:

“Awak sedang cari career satisfaction. Awak perlukan kerja yang bagi rasa puas hati dari dalam.”

Dan betul. Setahun selepas saya keluar dari sistem mainstream, bila saya mula mendalami functional medicine dan holistic healing, barulah saya rasa benar-benar tenang dan puas. Saya temui semula semangat yang lama hilang. Saya jumpa passion sebenar saya.

Bila saya mula kaji kes demi kes, saya nampak satu corak yang jelas. Hampir semua penyakit kronik yang pesakit saya alami — daripada migrain, darah tinggi, kencing manis, sehingga ke autoimun — berpunca dari 3 akar utama:

  1. Pemakanan yang kurang nutrisi sebenar (real nutrients, bukan sekadar cukup kalori),
  2. Stres kronik yang tak diuruskan, dan
  3. Tidur yang tak berkualiti.

Gabungan tiga faktor ini bila dibiarkan bertahun-tahun, mencetuskan keradangan kronik di peringkat sel. Awalnya, tiada gejala ketara. Tapi lama-kelamaan, badan mula hantar signal — letih yang kronik, sakit sendi, sakit badan,kulit meradang, hormon bercelaru, dan akhirnya… penyakit kronik muncul.

Saya percaya, tubuh manusia diciptakan Allah dengan sistem pemulihan yang sangat hebat. Tapi sistem itu hanya akan berfungsi bila kita bantu tubuh kembali kepada fitrah. Itulah misi saya hari ini — bantu orang ramai unlock self-healing, dan rawat dari akar punca.

Saya bukan lagi sekadar doktor. Saya kini seorang pendidik kesihatan holistik. Dan inilah career satisfaction sebenar saya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
/* Note: The CSS files are loaded from assets/css/ folder. */
WhatsApp Ada soalan?