Takut itu normal.
Takut dengan diagnosis.
Takut dengan masa depan.
Takut kalau rawatan tidak menjadi.
Takut kalau hidup berubah.
Kita tidak perlu memaksa diri untuk menjadi “positif” setiap masa.
Tetapi jangan biarkan rasa takut menjadi terlalu besar sehingga hati lupa satu perkara:
Allah jauh lebih besar daripada apa yang sedang kita takutkan.
Di sinilah doa menjadi tempat kita kembali.
Doa bukan hanya ayat yang kita baca selepas solat.
Doa juga boleh jadi Talk to Allah.
Cakap sahaja kepada Allah apa yang sedang kita rasa.
“Ya Allah, aku takut.
Aku tak tahu apa yang akan jadi selepas ini.
Tapi aku tahu Engkau Maha Berkuasa.
Aku masih berharap kepada-Mu.
Tolong mudahkan perjalanan ini untuk aku.”
Tak perlu tunggu jadi baik untuk bercakap dengan Allah.
Tak perlu tunggu iman terasa sempurna.
Tak perlu tunggu hati sudah tenang.
Datanglah kepada Allah dalam keadaan kita yang sebenar — takut, penat, keliru, bahkan penuh dosa.
Kerana berharap kepada Allah itu sendiri sudah merupakan satu bentuk doa.
Dan apabila hati masih mampu berharap, kita tidak lagi melihat ujian hanya melalui apa yang kita takut akan berlaku.
Kita mula melihatnya bersama satu kemungkinan yang lebih besar:
Allah masih mampu membuka jalan yang kita sendiri belum nampak.
Jadi takutlah jika hati sedang takut.
Tetapi jangan biarkan takut mengambil seluruh ruang.
Biarkan harapan kepada Allah tetap lebih besar.
